Prosedur Permohonan Status Motokar Vintaj/Klasik bagi Tujuan Pengurangan Bayaran
Lesen Kenderaan Motor (LKM)
1 . Syarat Kelayakan Utama
- Kategori MotokarVintaj:Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar
vintaj ialah motokar yang telah mencapai usia 50 tahun dari tarikh yang dikeluarkan
oleh pembuat.
- Kategori Motokar Klasik: Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar
klasik ialah motokar yang telah mencapai usia 25 tahun dari tarikh yang dikeluarkan
oleh pembuat, termasuk motokar yang dikenali sebagai 'collectors item'.
2 . Kenderaan kategori motokar sahaja layak memohon dan dipertimbangkan,
bagi kenderaan selain daripada kategori motokar adalah tidak layak dipertimbangkan.
Syarat-syarat lain yang perlu diikuti untuk mendapatkan status motokar
vintaj/klasik bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM)
adalah seperti
berikut.
- Motokar yang telah mencapai 25 tahun dari tarikh pendaftaran asalnya, termasuk
motokar impot yang dikategorikan vintaj/klasik tetapi perlulah membuktikan
tarlkh pendaftaran asal dan negara berkenaan sahaja layak memohon dan dipertimbangkan.
- Motokar yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi, iaitu sama seperti nilai
barangan antik.
- Keadaan semasa motokar mestilah pada tahap seperti kenderaan baru (mint),
tidak berkarat, cat dan 'chrome' yang berkilat dan bersih, dalam ertikata
seperti dalam keadaaan 'showroom'.
- Motokar tersebut mestilah di dalam keadaan'roadworthy' dan semua sistem
yang terdapat padanya berfungsi dengan baik.
- Motokar mestilah mempunyai ciri-ciri spesifikasi, bentuk badan dan komponen
utamanya seperti yang asal semasa dikeluarkan oleh pembuat.
- Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek,
sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.
- Sebagai asas penimbangan utama, pemohon mestilah mempunyai lebih dari 2
buah motokar yang didaftarkan di atas nama sendiri.
- Keadaan nombor enjin dan casis motokar mestilah boleh dibaca dengan jelas
dan tidak diganggu.
- Pemilik perlu mengemukakan surat/sijil sokongan dari Kelab Kereta Vintaj
dan Klasik DiRaja Malaysia atau Kelab-kelab lain yang diiktiraf.
- Motokar perlu diperiksa oleh Pegawai Teknik/Pemeriksa Kereta Motor JPJ
ibu Pejabat/Negeri/Cawangan yang berkenaan.
3 . Cara Memohon
- Permohonan dan pemeriksaan motokar vintaj/klasik boleh dibuat melalui:
- Bahagian Teknik, Ibu Pejabat JPJ
Aras 2, Blok D4, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62620 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 6400/03-8886 6703 atau
- Di Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri/Cawangan.
- Dokumen-dokumen yang perlu disertakan/dibawa bersama semasa pemeriksaan
motokar ialah:
- Salinan kad pendaftaran motokar (serta yang asal)
- Salinan sekurang-kurangnya dua (2) bulan kad pendaftaran motokar lain yang
didaftarkan di atas nama pemohon (serta yang asal)
- Salinan kad pengenalan pemilik/pemohon
- Sekurang-kurang empat (4) keping gambar dari sudut depan, belakang sisi
dan bahagian 'steering' I 'dash board'.
- Surat/sijil motokar vintaj atau klasik dari kelab yang diiktiraf.
4 . Pemeriksaan Motokar
- Bagi tujuan pemeriksaan motokar vintaj/klasik, pemohon hendaklah mengemukakan
dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan motokar yang hendak diperiksa.
- Pemeriksaan terhadap motokar vintaj/klasik akan tertumpu kepada mengenalpasti
keaslian motokar tersebut dan menepati syarat-syarat di atas.
- Ciri-ciri pemeriksaan:
- Pemeriksaan identiti motokar, iaitu pengesahan nombor enjin dan nombor
casis tidak diganggu dan hendaklah sarna seperti mana yang dicatitkan dalam
kad pendaftaran motokar tersebut.
- Pemeriksaan keaslian kereta vintaj/klasik merangkumi komponen-komponen
berikut:
Enjin asal, casis asal, rekabentuk badan asal (tidakdiubahsuai), sistem trasmisi
asal, sistem suspensi asal, gandar depan dan belakang asal, nombor pendaftaran
dan 'rim' serta 'steering' asal (bukan jenis 'sport').
5 . Pengeluaran Sijil Pengesahan Status Motokar Vintaj/Klasik
- Semua permohonan dan laporan pemeriksaan untuk mendapatkan status motokar
vintaj/klasik yang dibuat di Pejabat-pejabat JPJ Negeri/Cawangan hendaklah
dimajukan ke Bahagian Kawalselia Teknik, Ibu Pejabat JPJ untuk diproses dan
dinilai semula sebelum disyorkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.
- Motokar yang lulus sebagai motokar vintaj/klasik akan dikeluarkan Sijil
Pengesahan bagi tujuan pengurangan Lesen
Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 90% bagi motokar vintaj dan 80% bagi motokar klasik
akan dikeluarkan oleh Bahagian Kawalselia Teknik Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani
oleh Ketua Pengarah PengangkutanJalan.
- Sijil Pengesahan status motokar vintaj/klasik yang dikeluarkan hendaklah
diperbaharui setiap 3 tahun sekali atau apabila urusan tukar nama dibuat
atau penukaran nombor pendaftaran motokar dilakukan mengikut mana yang terdahulu.
Pemilik motokar tersebut dikehendaki membuat permohonan semula untuk menentukan
status motokar vintaj/klasik mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
6 . Arahan Penguatkuasaan
- Penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi mempastikan semua motokar yang
telah mendapat kelayakan motokar vintaj/klasik
tidak membuat pengubahsuaian ke atas 'steering' dan 'rim' serta komponen-komponen
lain supaya keasliannya kekal. Kelayakan dan status motokar vintaj/klasik
ini akan dibatalkan serta-merta sekiranya pengubahsuaian dibuat pada motokar tersebut, dan pemilik perlu membuat bayaran kadar
Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada kadar yang asal.
Article contributed by AAM